Special gift for me

8

 Assalamualaikum semua . Malam ni rasa rindu pula dekat my student . Semoga anak didik rabia rindu dekat rabia juga seperti mana rabia rasa rindu dekat diorang sekarang.







Ya Allah cantik cantik hadiah my student bagi ni . Cikgu dan PPM pun bagi hadiah juga. Guru kelas bagi hadiah tudung dekat Rabia . 

Rabia rindu dekat diorang, rabia belek album dah melihat gambar selfie dengan kanak kanak tu. Ini lah rasa perasaan seorang guru. 

Sebak dada . Nak cakap tadi nak bagi ucapan dekat anak didik tadi pun. Asyik main je mata tu tak nak lahh air mata mengalir kan. Malu lah rabia. 

Apa-apapun cikgu adawiyah doakan semoga awak semua menjadi anak yang soleh dan solehah. dengar cakap cikgu . Rajin-rajin datang ke sekolah. Belajar rajin-rajin. 

Anak didik ku ni dari tadi tanya mana hadiah..nak hadiah.. baru-baru ni pesan minggu depan hari isnin hari last cikgu mengajar dekat sini. cikgu nak awak semua datang ke sekolah. Cikgu nak bagi hadiah . Diorang tanya balik pula soalan dekat rabia. hadiah apa cikgu?

Rabia beritahu je rahsia. Tunggu  hari isnin nanti. Kalau beritahu hari ini tak surprise lah. Bab hadiah juga diaorang tanya dulu.

Terima kasih airisya, raja khalish, aniq bagi hadiah dekat cikgu. Maafkan cikgu jika cikgu ada termarah awak, cikgu marah sebab cikgu sayang awak tau. 

Cikgu dah cuci semua gambar selfie dengan anak didik cikgu ni. nanti cikgu rindu cikgu belek album dan lihat gambar cikgu selfie dengan awak ya. Sayang awak semua tau. 

Terima kasih anak didik ku yang cikgu sayangi bagi hadiah gelas, kain pasang , crochet extension mask dan tuala . 

Cikgu tak minta hadiah semua tu. cikgu hanya nak awak belajar rajin-rajin dan dengar cakap cikgu awak tau.

Catat Ulasan

8Ulasan
Catat Ulasan