Inilah dia Ayah Si Mishai... Kenapa aku memanggilnya Ayah Si Mishai? Kerana misainya serupa dengan mishai. Tengok pada mukanya memang lah jenis baik sangat. Lemah - lembutnya seperti anak dara pingitan. Mula-mula aku kenal dia, Ayah Si Mishai ni sangat pendiam. Hinggakan hendak mendengar mengeow nya amat payah. Dulu aku ingat dia bisu, Kesian apabila aku tengok dia.
Ayah Si Mishai tidak pernah mengeow untuk meminta makanan. Hanya baring dan matanya memandang aku dengan penuh sayu.. Wowwww..Kesian betul ketika itu. Aku pantang melihat matanya yang sayu itu, bergesa-gesalah aku mengaul nasi dengan ikan untuk diberi makan untuknya.
Cara memberi makan pula, Aku kena suap ke mulut nya barulah dia makan. Lama-kelamaan kedengaran suara Ayah Si Mishai. Sekarang Ayah Si Mishai masih lagi lemah-lembut macam anak dara tapi waktu malam dialah gangster. Waktu siang wajahnya comel.Keesokannya berdarah sana berdarah sini dengan muka selamba memandang aku dengan wajah yang sayu.
Rupa-rupanya Ayah Si Mishai ini PENGHULU KAMPUNG. Dari depan ke belakang.Dari kanan ke kiri dari atas ke bawah semuanya dia menyiasat. Pantang jumpa musuh dikejarnya hinggakan berdarah. Wowww..Inilah Ayah Si Mishai yang aku kenal. Lemah - lembutnya dan pendiamnya rupa-rupanya ada kisah disebaliknya.
Comelnya kucing. huhu.
BalasPadamamboi garang muka dia hehe..
BalasPadamSopan betul dia duduk...😂😂😂
BalasPadamBanyak kawasan nak dijaga ni
BalasPadamhentemnya
BalasPadamcomel ada misai tu. sesuai sangat nama tu
BalasPadam