Nasi goreng cina by me

13
Assalamualaikum semua. Pagi tadi rabia masak nasi goreng cina untuk umi dan ayah. Heheh. Rabia ni asyik masak nasi goreng je kan.



Nasi goreng cina by me. Kali ini rabia letak chicken ball dan mixed vegetables.

Kali ini rabia letak daun sup, ayam kfc ayamas rabia goreng dalam air fryer.

Terliur tak nasi goreng cina rabia masak ni? Heheh nanti boleh la click hashtag #itsdonebyrabia.

Dah memang my favorite kan nasi goreng ni. Pergi kedai makan pun makan nasi goreng. Dekat rumah mestilah masak nasi goreng jugak.

Yang paling best kan umi dan ayah rabia sudi makan masakkan anaknya ni heheh. Tengok umi ayah makan pun dah buat rabia happy.

Rabia masak nasi goreng memang letak gula dan garam. Sebab rabia tak guna Maggi secukup rasa. Just guna sos tiram jenama Maggi je.

Habis dah daun sup tu. Sebab memang niat nak habis kan daun sup tu. Dalam peti sejuk pun dah tak ada bahan nak masak dah. Rabia tumbuk bawang putih + ikan bilis.

Kali ni rabia tumis bawang putih + ikan bilis. Lepas tu letak telur. Lepas tu letak mixed vegetables tadi tu, chicken ball, daun sup. Lepas tu masuk kan nasi putih dalam kuali tu. Lepas tu letak la sos tiram, Kicap, gula dan garam. Kacau nasi hingga sebati. Dah sedap kan? Lepas tu masuk kan nasi tu ke dalam pinggan. Lepas tu makan la nasi goreng cina by me. Air tangan ku yang penuh kasih sayang. Masak dengan hati yang ikhlas.

Nampak sedap kan? Heheh jemput makan semua. Nasi goreng pataya je rabia tak buat lagi ni. Hehe. Nanti la rabia try buat okey.

Rabia siap tambah nasi goreng tadi. 2 kali makan nasi goreng. Dah tuan punya badan masak sedap kan. Mesti la habis kan. U all nak rasa tak masakkan rabia? Heheh.

U all boleh jenguk my Instagram okey rabiahtul_adawiyah

Pelbagai koleksi masakan rabia update dalam Instagram tu. Jemput tengok dan like ya. Thank you for read my blog.

Love u all ♥️ 

Catat Ulasan

13Ulasan
  1. Waalaikumussalam. Nyummm sangat lah menggoda nya 😍

    BalasPadam
  2. Sedapnya tengok. Thanks resepi, nanti boleh cuba. Hehe. Akak selalu buat nasi goreng pakai perencah :P

    BalasPadam
  3. Salah satu favorite nasi goreng cina ni. Yum yum~

    BalasPadam
  4. Sedap tu Rabia. Akk sllu kalo greng nasi greng tmbh ajinomoto skit. Huuu

    BalasPadam
  5. Saya selalu fail kalau masak nasik goreng, entah kenapa rasa tak sama macam orang lain. Tengok kamu masak, nampak sedap sangat.

    BalasPadam
  6. masak dgn penuh kasih sayang menambah rasa sedap..secukup rasa..

    BalasPadam
  7. sedap ni ns goreng cina! tmbh telo mata sedapnyeeee

    BalasPadam
  8. nanti masak lagi k.. ramai nak p makan ni =P

    BalasPadam
Catat Ulasan