Nasi ayam by Rabia

 Assalamualaikum semua. Hari ini Rabia masak nasi ayam . Resepi nasi ayam ini daripada my mom . Rabia dah catat lama dah resepi nasi ayam from my mom ni .




Rabia potong halia dulu . Hehe . Rabia minta my mom snap gambar Rabia sedang memotong halia .


Siap dipotong halia . Hehe . Bahan bahan untuk nasi ayam . Dan kuah nasi ayam. 



Ayam lumur dengan kicap manis 


Beras dibasuh dan ditapis . 



Letakkan marjerin 2 sudu tambah sikit minyak masak dalam periuk .


Tumis bwg yg diblend bersama halia dihiris nipis td.  Bila naik bau.  Letakkan beras.  Letak air rebusan ayam tadi .Dan Letakkan garam secukup rasa dan 2 helai daun pandan. Masak je lah guna periuk tefal je ni . 


Ayam lumur dengan kicap manis tu siap digoreng

Bahan2 nasi ayam

 bawang merah diblend

halia 

Lobak masin

marjerin

kiub ayam

Daun sup 

Cara2 buat :

1. Rebus ayam dgn kiub ayam.  Sampai ayam timbul.  Tutup api. 

2. Bawang merah diblend.  Halia dihiris nipis. Halia dibahagi dua utk nasi dan kuah. 

3. Letakkan marjerin 2 sudu tambah sedikit minyak masak di dlm periuk.  Tumis bwg yg diblend bersama halia dihiris nipis td.  Bila naik bau.  Letakkan beras.  Letak air rebusan ayam tadi .Dan Letakkan garam secukup rasa dan 2 helai daun pandan. 

4. Kuah - lebihan air rebusan ayam diletakkan sesudu besar bwg yg diblend td bersama halia.  Biarkan mendidih masukkan satu sudu garam dan lobak masin . Siap

Ayam yg diangkat td dilumur dgn kicap dan terus digoreng. 

Kuah lada - lada hidup + bwg putih + cuka 2 sudu besar.  + 2 sudu gula + setengah sudu kecil garam.  Tambah air panas sebanyak 4 sudu.  Diblend.  Siapppppp.  🥰









Siap dah . Dah boleh makan . Heheh . Masa nak goreng ayam tu memang berdebar sangat . Tapi alhamdulilah okey je goreng ayam tadi . 

You Might Also Like

8 Comments

  1. pasti sedap nasi ayam hasil tangan rabia ni.

    BalasPadam
  2. sedapnya..homemade nasi ayam..

    BalasPadam
  3. Waalaikumussalam.
    Nasi ayam memang tak pernah menjemukan. Sedap!

    BalasPadam
  4. Simple masakan nasi ayam Rabia. Mudah nak cuba :)

    BalasPadam
  5. Wah pandainya memasak. boleh dh ni

    BalasPadam
  6. sopannya anak dara masak nasi ayam :)
    cukup bahannya.
    lama aida x buat nasi ayam ni. Izzat kurang makan.
    sambal aje kegemaran dia.

    BalasPadam