Nasi goreng kampung by Rabia

 Assalamualaikum semua. Selamat PKPB . So sekarang duduk rumah kan . Apalagi Rabia masak je lah petang ni . My mom request nak makan nasi goreng kampung. Rabia masak je lah . 


Bahan utama nya adalah lobak merah , cili merah -2 , bawang putih 3 ulas dan lobak merah satu batang je . Tapi yang dalam gambar tu Rabia dah siap potong. My mom kata kena potong lagi halus lagi . Okey umi . Heheh . Kasar betul lobak merah ku potong tu . Maknanya tak lulus lagi lah dalam skill memasak ni . 


Semua bahan ini ditumbuk bersama ikan bilis . Bahan bahan tadi seperti bawang putih , cili merah dan ikan bilis ditumbuk . Dan goreng je lah . Sebelum tu letak minyak masak dalam kuali ya. Api perlahan sikit .


Bebola ayam Ramly . Of course lah kena ada bebola ayam ni . Kalau masak nasi goreng tak best tak ada bebola ayam ni . Wajib kena ada. Baru lah sedap . Yang ni kena potong nipis - nipis gitu . Yang ni dah dibasuh . Ada jugak kan yang tak basuh bebola ni ? Sebab letak dalam frozen terus je campak masak ? Rabia memang basuh bebola ayam ni .


Nasi putih yang dimasak oleh saya jugak la .

Cara memasak :

1. Panaskan minyak . Tumis bawang putih , cili merah dan ikan bilis tadi tu . 

2. Masukkan bebola ayam , telur , lobak merah . Kacau kacau je . Jangan goreng terlalu lama . 

3. Masukkan nasi putih tu ke dalam kuali . Kacau je . Dan masukkan secukup rasa, sos tiram, kicap dan gula , garam sedikit . 

4. Kacau semuanya sehingga sebati . 

5. Angkat dan hidangkan bersama keropok keping . 

Letak kan hiasan sedikit di atas nasi tu . Letak daun sup sikit . Baru nampak meriah kan šŸ˜ šŸ˜‚ . 

6 ulasan

  1. potong lobak mcm tu biasanya utk msk sup, kurma, kari dhal etc. utk nasi goreng better guna sagat je. sng keje��

    BalasPadam
  2. Wah, nampak menyelerakan... oh.. wajib ada bebola eh.. saya makan gitu je pun ok dah. buhu

    BalasPadam
  3. hai rabia... kakmim follower ke 420.. salam kenal

    BalasPadam
  4. Sedap juga masak nasi goreng stail ni. Kalau saya, bawang merah wajib ada :)

    BalasPadam
  5. Makan nasi greng dgn krpok mmg sedapp

    BalasPadam