Beli hadiah untuk my students

by - Oktober 23, 2020

 Assalamualaikum semua . Tinggal lagi seminggu Rabia praktikal di prasekolah.  Hari ini Rabia dan umi ayah pergi beli hadiah untuk my students ni.  Dah lama dah cakap dengan Umi. Nak beli hadiah untuk budak budak ni. 

Cikgu Adawiyah harap awak semua suka hadiah Cikgu Adawiyah bagi ni.  Diorang panggil nama Rabia Cikgu Adawiyah. 



Ini hadiah untuk kamu semua. Untuk 2 kelas ni.  Kelas Mutiara Hati dan Mutiara Auni. 

So Cikgu doakan semoga awak semua berjaya dunia akhirat.  Maafkan Cikgu jika selama ni Cikgu ada termarah awak.  Cikgu marah sebab Cikgu sayang awak.  Cikgu nak awak jadi anak yang soleh dan solehah.  Cikgu sayang awak semua.  Nanti Cikgu cuci gambar kita selfie tu ya.  Nanti Cikgu rindu Cikgu belek album dan melihat gambar awak . Ya Allah hati ini rasa sayu je nak tinggalkan awak. 

Selama ni awak sentiasa ada dengan Cikgu.  Selalu kacau Cikgu tengah menulis lesson plan. Selalu minta phone Cikgu nak tengok upin ipin dalam phone Cikgu . Cikgu layan je kerenah awak semua. 

Time Cikgu mengajar pun.  Awak bersemangat je. Jawab salam Cikgu pun dengan penuh bersemangat. 

Jika awak semua rindu Cikgu.  Awak lihat je ya hadiah Cikgu bagi tu. Untuk tanda ingatan. 

Rinduuuuuuuuu.  Ohhh Cikgu rasa macam nak menangis je. 

Nanti dah nak masuk sekolah baru.  Umur awak pun dah masuk 7 tahun dah.  Belajar rajin - rajin ya. 

Jika ada pertemuan,  kita akan berjumpa juga.  Cikgu harap awak tak lupakan Cikgu. 

Okeylah.  Selamat tinggal anak didik ku yang ku sayangi.  

You May Also Like

6 Comments

  1. Selamat Tinggal Cikgu..jangan sedih2 yaa :)

    BalasPadam
  2. manis sekali, banyak pahala bagi anak2 ilmu dan gembira :)

    BalasPadam
  3. Comelnya hadiah untuk students. Sedihnya nak berpisah dah kan.

    BalasPadam
  4. cute ja hadiah heheh mesti mreka suka dan akan ingat kenangan bsama kak rabiah

    BalasPadam
  5. Sweetnya.cikgu rabia ni. Tentunmurid Suka dgn hadiah ni

    BalasPadam
  6. Best nanti budak budak tu dpt hadiah dari awak :)

    BalasPadam