Assalamualaikum semua. Hari ini rasa sayu je hati ni nak tinggalkan kanak kanak dan sekolah ni . Best lah mengajar budak PRA sekolah ni. Rabia beritahu dekat kanak kanak ni tadi. Minggu depan semua orang kena datang sekolah. Ada salah sorang budak yang suka bermanja dengan rabia ni tanya Kenapa kena datang sekolah ? I terus je cakap terus terang. Minggu depan hari terakhir Cikgu mengajar di sini. Cikgu nak bagi hadiah dekat semua orang. Dia jawab tak nak datang sekolah dan tak nak hadiah. Ada sorang budak ni lagi Jawab nak datang nak hadiah.
Tadi pun air mata ku mengalir sikit demi sedikit. Tapi tahan juga. Tak nak my students ni nampak yang Rabia ni menangis. Nasiblah diorang tak nampak. Dah nak habis waktu kelas dah. Diorang tengah baca DOA kan. Rabia tengah menadah tangan berdoa ni tiba - tiba sebak dan nak keluar air mata dah . Dengan pedih mata nya. Ni tengah menulis blog pun air mata nak keluar ni. Jangan lah keluar air mata time macam ni. Guru kelas ada dalam kelas ni . Mesti guru tanya nanti kan kenapa menangis ni.
Tadi rabia sempat lah selfie dengan my students ni. Heheh. Nanti hari khamis ni nak cuci Gambar lah.
Okeylah jangan sedih sedih la . Rabia harap pemberian hadiah rabia bagi dekat diorang tu akan menyemai rasa rindu diorang dekat Rabia. Dan diorang akan ingat rabia sampai bila - bila.
Besar pengorbanan jadi Cikgu praktikum ni. Walaupun baru praktikum belum kerja betul betul di sekolah. Tapi kita akan rasa sedih. Sebab kita betul betul ikhlas mencurahkan ilmu kepada kanak kanak ni.
Selamat tinggal semua. Ada budak sorang lagi ni. Yang budak lelaki ni sorang memang rapat dengan rabia. Asyik panggil je nama rabia ni. Cikgu Adawiyah. Cikgu Adawiyah. Ada tengah dia ucap kata kata sebelum nak balik tu. Biasalah dia ucap terima kasih Cikgu. Selamat tinggal kawan kawan. Last last dia sebut selamat tinggal Cikgu adawiyah.
Rabia senyum je dekat dia. Jarang kan budak lelaki suka rapat dengan guru perempuan ni.
jangan sedih-sedih. kalo bukan cikgu rabia yang pergi, student yang sentiasa bersilih ganti. :)
BalasPadambe strong cikgu!
sedih bila nak kena berpisah ni...
BalasPadamDah habits dah? Sekejap aje Masa berlalu. Tentulah sedih kan sebab dah beberapa bulan melayannkerenah anakndidik
BalasPadamSedih sebab dah rapat dan sayang kan? good luck untuk future ya Rabia
BalasPadamPengalaman yang sukar dilupakan...all the best rabia :)
BalasPadamakak pun jd ppm ganti kt pra sekolah
BalasPadamNanti jumpa student baru mesti rabia happy.
BalasPadamSedihnya bila kena berpisah... Mesti best kan pengalaman praktikum tu.. Moga lepas ni dapat mengajar lagi!
BalasPadamMemori terindah, kan? They must missing you.. Semoga mereka terus berjaya kelak, dan awak pun sesama berjaya juga..AMIN. Next, cikgu??
BalasPadamKenangan indah yang takkan boleh dilupakan :) Hargai sementara still dengan dieorang.
BalasPadam