Maggi goreng tomyam

 Assalamualaikum semua. Hai u all. Pagi ni rabia masak maggi goreng tomyam je.



Siap letak stock Maggie dalam bekas comel ni 😍 . 

Entah la sedap ke tidak. Ehehehe. Risau jugak tak kena selera tekak umi ayah je nanti. 😂

Rabia masak ni pakat campak je. Bahan bahan nya pun mudah sangat.

Bahan2

Ayam 

Telur satu biji 

Sayur lobak merah

Perencah tomyam

Yang tu sayur apa ya 😂 (kobis ke apa nama nya tu. Kobis la kan. Nama sayur pun dah tak ku ingat lagi. 

Sebelum tu rabia celur dulu maggi tu. Lepas tu tapis dan basuh balik mee tu.

Lepas tu rabia sibuk la potong sayur tu.

Basuh kesemua sayur tu. Dan potong ayam dan basuh ayam pulak. 

Lepas tu panaskan minyak. Masukkan ayam tadi. Goreng goreng. Lepas tu masukkan telur. Kacau kacau. Lepas tu masukkan maggi tadi. Kacau kacau. Dan masukkan perencah tomyam. Kacau dan masukkan sayur semua tu. Kacau dan gaul kan hingga nampak sayur tu masak. Lepas tu siap . Tengah tunggu nak makan je ni. Ayah umi ada buat kerja kemas rumah la pulak. 

Catat Ulasan

6 Ulasan