Nasi goreng kampung by Rabia

 Assalamualaikum semua. Hai u all. Pagi pagi tadi rabia masak nasi goreng kampung untuk makan pagi. Alhamdulillah tinggal sikit je lagi nasi tu. 











Bahan bahan nya adalah : 

Ikan bilis yang telah dibasuh 

3 ulas bawang putih 2 ulas bawang merah

Nasi putih yang semalam 

Sos nasi goreng nona

Sos tiram nona

Kicap manis 

Daun bawang dipotong 

Gula- 3 sudu besar penuh - Sebab tak rasa apa pun tadi letak sikit. Macam tak letak apa apa je dalam nasi tu. Tak manis orang ganu kata. 

 Jangan tanya dan pelik kenapa saya letak gula dan garam ehhhh 😂 . Ini cara mak saya ajar saya. Sebab hari tu saya masak ikut kepandaian saya je. Tapi my mom beritahu apa yang kurang dalam nasi goreng tu. Hari ini saya masak memang lulus dah lah . Sedap . 

Garam halus - 1 sudu suku je. Jangan letak banyak . Sebab saya tak ingat nak letak maggi secukup rasa tadi so saya letak garam gula la. Oke? Faham ? Bukan rabia marah ni. Rabia beritahu cara rabia masak dan orang lain masak tak sama. Macam ni la cara saya memasak. Eh panjang jugak saya membebel ya. Sebab bimbang orang confius pulak kan 😂 . 

Dan saya lupaa nak snap gambar telur satu biji tadi. 

Cara memasak? Saya tumis ikan bilis dan bawang tadi tu yang ditumbuk tu. Ikan bilis dengan bawang putih bawang merah ditumbuk . Dan masukkan je dalam kuali yang berisi minyak tu. 

Lepas tu rabia masukkan daun bawang , telur kacau kacau . Lepas tu masukkan nasi putih , sos tiram , kicap , sos nasi goreng tu . Lepas tu kacau kacau hingga rata . 

Kacau dan siap dihidang la atas pinggan . 

Itulah resepi saya. Meatball tak ada hari ini. Sayur mixed tu pun saya tak beli . 

Nak tengok saya tengah masak sambil pegang phone tak? Gigih nak rakam video tau 😂. 


Okey tengok la ya video di atas tu. 


Siappp 😍 


Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. anak dara kena pandai masak kannns., ;p

    BalasPadam
  2. Pandai dah Rabia masak :) Selalu tengok rabia update.

    BalasPadam
  3. kalau sy dah ada sos tiram tu x perlu garam dah sbb dah masin kan? apa2 pun bergantung pd selera masing2

    BalasPadam
  4. Nampak sedap nih , makan nasi goreng saja pun kadang2 boleh bertambah nasi.

    BalasPadam
  5. Lain resepi rabia ni. menarik juga :)

    BalasPadam
  6. cantik menarik rupa paras nasi grg rabia ni ;)

    BalasPadam