Sotong celup tepung air fryer

 Assalamualaikum semua. Hai u all. Rabia sedang menunggu air fryer menggoreng sotong celup tepung ni.

Baru baru ni kan rabia pergi ke LKIM chendering tu kan. Beli sotong celup tepung yang dipack dah. Balik rumah just basuhkan je. Kulit sotong dah dibuang awal awal dah. Kan senang kerja i. 






Bahan bahan : 

Sotong 

Tepung bestari

Minyak zaitun (Spray je ya dekat sotong tu)


Rabia hanya guna 2 bahan ini je. 

Cara - cara buat : 

1. Basuhkan sotong tersebut sehingga bersih

2. Rehatkan sotong seketika. Sebab dia ada airnya kan. So menempuh menempuh la sotong tu time goreng nanti.

3. Ambil tissue sedikit lap lap gitu je sotong tu.

4. Ambik bekas berasingan. Satu bekas untuk letak tepung basah tepung bestari

5. Sediakan tepung kering juga. Tepung bestari

6 .Sotong tadi kan dia dah keluarkan airnya sendiri. So letakkan tepung bestari dah gaul kan hingga rata

7 . Letak bekas yang berlainan tadi tu. letak 3 sudu besar tepung bestari . Gaulkan sehingga rata

8. Masukkan dalam air fryer. Dan suhu 200. Masa 10-15 minutes. 

Depends la tengok masak tak lagi sotong tu. 

Tengok step dalam gambar yang rabia buat tu ya. Step step dah dalam gambar tu. 

Ada juga yang letak tepung jagung, tepung gandum. Kenapa rabia tak letak?

Sebab rabia dah guna tepung bestari dah kan šŸ˜ . So tak tambah apa apa tepung selain tepung bestari tu. 

Itu je lah cara rabia memasak. Harap faham la ya. 

4 ulasan:

  1. Hi salam kenal , saya follower baru #427 . Mudah je 2 bahan kan . Saya pun penggemar sotong tepung . Selalu jugaklah rasa dlm 'war' waktu menggoreng

    BalasPadam
  2. huaa senang nyaa nak pakai dia ni , ok nak beli

    BalasPadam
  3. senang masak goreng air fryer. Sedap tu sotong celup tepung.

    BalasPadam
  4. senang je masak kalau ada tepung bestari ni

    BalasPadam